Isnin, 22 Disember 2008

Cinta Hanyalah Memori Indah.. (LUAHAN PERUTKU)

Cinta hanyalah memori indah..
tak pernah aku bayangkan betapa indahnya cinta itu.. aku tahu, suatu hari nanti anda semua pasti tahu..
cinta itu memang indah sehingga dibawa ke dalam mimpi ketika tidur...

kisah ini bermula sejak aku berumur 15 tahun..

sejurus selepas habis menjawab kertas soalan PMR, aku terus mengucapkan smoge berjaya buat rakan2 yg dah abis menjawab PMR..
malam itu, aku tak habis2 memikirkan sama ada ingin buka "laptop" atau terus tidur..
mengikut kata hati ku, lebih baik aku buka "laptop" supaya tidak keboringan...
aku mencari2 laman web chatting yang paling mustahil "glamer".. (hahaha)
akhirnya aku dapat juga.. laman tersebut di gelar sebagai KC (www.kampungchat.com)
apalagi, aku terus membukanya sambil melihat2 chatters lain asyik berchatting sampai puas..
sambil aku perhati, aku rasa kebosanan..
lalu aku terus memulakan berchatting dengan memberi salam kepada seluruh warga KC..
tak ramai yg menjawab salam aku..
kerana aku budak baru, maka aku di ketepikan.. (sombong juga budak2 lama nie)

sambil aku berchatting dengan mereka..
sambil aku terlebih cakap terus kene kick, banned, quiet.. (teruk betul la mode2 KC nie)
org pertama yg menjadi kawan aku d situ ialah Eypah (bukan nama sebenar)..
di situlah cintaku bermula apabila Eypah & aku berchatting & menjadi "gangster" (hahaha)
aku menjadi ketua "gangster" di KC itu.. aku menggelar nama geng aku Type-R.. apabila aku "online" KC.. geng2 aku akan taip "R" berramai2..(hahaha) sungguh hebat rasanya berchatting di sana..
malah aku di nobatkan ketua "gangster" di sana..
selepas sebulan aku bermain chatting di sana.. aku tidak sedar Eypah & aku mula bercinta!!
aku pun tidak tahu apa nak buat.. aku layan sahaja karenah Eypah..
dulu dia nakal & asyik kenakan aku.. apabila dia di kacau budak2 nakal di KC..
aku serta beberapa geng aku yg berada di situ masuk campur & selamatkan Eypah & kawan2 perempuannya..

kami bergaduh besar.. apalagi, mode2 kat situ terus "tabla" kami semua...(hahaha)
selepas pergaduhan itu, akhirnya kisah cinta aku & Eypah bermula..
aku pernah terbaca khabar tentang cinta internet..
kalau cinta internet itu kadang2 tidak real.. kadang2 real..
aku mula ambil langkah berhati2..
semakin lama semakin aku tidak percaya aku benar2 bercinta dgn Eypah..
dia mula menyayangi ku seperti dia menyayangi orang2 tuanya..
Ya Allah, jika benar cinta kami berdua ini adalah benar!!
jika dia tidak dapat "online", atau jika dia rindu akan aku..
apalagi, dia terus mendapatkan nombor handpone ku lalu kami berdua ber"sms"..
alangkah gembiranya aku...

kami berdua asyik berchatting tak kira waktu.. kadang2 selalu main sehingga larut malam..
pada suatu hari.. aku terjumpa seorang gadis yang tak lain & tak biasa..
namanya Miss_Totin (sekarang bernama tOtin)
ketika Eypah tiada, aku ingin berkawan dgn Miss_Totin..
kerana sifat dia sangat bagus jika dibandingkan dengan kawan2 perempuan yang lain..
kali pertama kami berkenalan.. Miss_Totin tak habis2 bertanyakan bila "result" PMR keluar!!!!!!
aku yang berpura2 berumur 16 tahun (sekarang aku naik 17 dah!!)
cuba menjawab pertanyaan tOtin.. aku berkata, maybe sekitar 20-27 hari bulan..
ramai yang kata tanggal 26-27.. akhirnya mereka pon betol gak..(hahaha)

Akhirnya kisah cinta ku dgn Eypah berakhir setelah mendapat tahu dia akan berhenti 'online' kerana dia mahu pulang ke rumah sebenarnya.. rupa2nya Eypah hanya 'online' di rumah abang saudaranya..
aku dapat rasakan betapa peritnya hati ku ketika itu.. tetapi, Eypah telah menjelaskan bahawa hubungan kami tidak akan berakhir.. dia sangat mencintai ku..
apalagi dia sanggup mengahwini ku setelah tamat persekolahan..
pelikkan? TETAPI BENAR!!

setelah sekolah dibuka semula.. aku tak habis2 memikirkan tentang dia..
dan aku selalu 'online' KC.. akhirnya aku buat keputusan untuk melupakan Eypah & memori indah kami.. setelah beberapa hari.. akhirnya hati ku tertarik dengan sifat Miss_Totin..(aku harap dia tak baca nie)
dia selalu menjadi bahan ejekan budak2 KC.. kerana sifat perikemanusiaan ku lah, akhirnya aku dengan tidak sengaja "back-up" dia.. (hehehe)
aku selalu berchatting dengan dia tak kira status..
yang penting dia mempunyai ciri2 yang boleh diharapkan (hahaha)
aku asyik berchatting dengan dia.. sampai aku tak pernah memikirkan pasal gadis lain..
dia sahaja satu2nya gadis yang benar2 aku minat!!
tetapi.. ada sesuatu yang menghalang aku daripada mendapatkannya!!(sedih gilak aku dbuatnya)

rupa2nya dia berhenti bercinta.. kerana dia telah disakiti oleh seorang jejaka tak guna!! (bukan kat KC.. kat sekolah dia)
memang tak guna punya orang!! aku berasa semakin kasihan sama tOtin..
aku benar2 mencintainya.. tetapi dia tidak tahu cinta ku padanya sangat kuat..
aku sering tak putus asa mencintainya.. apalagi, cuba membuktikan cinta ku padanya..
dia tidak pernah menjawab cinta ku.. dan aku terlalu berlebihan.. aku minta maaf tOtin..
aku tak bermaksud untuk memaksa mu menjawab cinta ku..
akhirnya, aku menerima kenyataan tOtin.. dia mula menyatakan dia tidak mahu bercinta lagi..
dia hanya ingin berkawan baik dgn aku.. dan akhirnya kami berkawan seperti biasa..
dalam hati ku.. dia tidak tahu aku menderita dlm diriku sendiri..

setiap kali ada orang mendekatinya.. aku sering cemburu.. kadang2 terasa hendak bunuh diri jer~
aku tahu.. masih ramai lagi gadis lain di luar sana..
lelaki seperti aku tidak kenal erti putus asa.. dan lelaki seperti aku bukan PLAYBOY!!
aku cuba membuktikan itu semua.. tetapi, dia buat2 tidak tahu menahu sahaja..
aku bersabar & berdoa kepada Allah agar aku diberikan keazaman yang kuat untuk mendapatkan anak nabi Adam a.s ini!!
hari itu, tanpa aku sedari.. kaki aku terpaksa di operation..
dan sebelum aku operation.. basikal_idaman (dak baru KC) mula mengetahuinya..
dia orang pertama mengetahuinya.. dia menyuruh aku supaya cepat sembuh..
dia sungguh prihatin.. aku hanya dapat memberi tahu dia supaya kirim salam pada dak2 KC yang lain..

akhirnya..setelah beberapa minggu.. aku dapat online di hospital..
aku hanya berbaring dan laptop aku letak di atas dada.. kaki aku yang kena operation digantungkan..
rasa sakit tidak pernah aku hiraukan.. aku hanya rindu mahu berchatting dengan mereka semua..
sebelum aku mula berchatting.. tOtin orang pertama menanyakan khabar kat aku melalui SMS..
aku sungguh terharu.. rupa2nya dia risau apabila aku di dapati masuk hospital..
lalu dia sms & menanyakan khabar kat aku.. syukur alhamdulillah..
ada juga orang risau & rindukan aku..(hehehe)
terpancar sedikit air mata di kelopak mata ku dan ku ukir senyuman..
basikal_idaman yang terkenal dengan sifat kenakalannya itu tak habis2 membahan tOtin & aku..
dia asyik berkata "tOtin rindukan husbandnya!!" memang kampit beras betol kau ini basikal_idaman!!(hahaha)

sehingga sekarang.. tOtin masih tidak menerima cinta ku.. dan akhirnya..
aku mula putus asa.. aku tak sanggup menunggu lagi.. dah hampir setahun aku menunggunya..
ternyata perbuatan aku sia2..
sehinggalah aku terkejut & cemburu apabila melihat kelakuan tOtin dengan hemo2 depan KC..
sampai hati!! aku berasa sedih & diam sahaja.. si Basikal_Idaman bisinG!!
dia berkata "wife rob curang!!"
betapa sakitnya hati ku ketika itu..
tapi, berkat kesabaran akhirnya aku hanya perlu bersabar & berdiam diri..
aku selalu menjerit kat KC dan menyatakan "TOTIN WIFE AKU LAH!!"

walaupun dia tidak tahu.. aku selalu menyatakan kata2 itu.. kadang2 bila tOtin online KC..
aku akan menyatakan "chayank" .. dia buat2 tak tahu pula..
tidak mengapa.. hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa cinta ku padanya benar2 kuat!!
walaupun kami tinggal berjauhan.. dalam hatiku, dia sahaja gadis yang aku cintai!!

~SEKIAN~







3 ulasan:

  1. rob..ko ni btl2 ke rob??
    cm kelakar jerk aku rasa...

    BalasPadam
  2. betol la wei..
    wat po nak tipu?
    luahan pon luahan la..
    janji BENAR!!

    BalasPadam
  3. huhuhu rob sedih cerita ko nih..
    rilek kau rob..skurang2nya kau dah luahkan perasaan kau dgn diakan :)

    BalasPadam